New from Lunas Kedah 22 Dec 2000
Lunas: Dua pemimpin utama Keadilan ditahan
Dua
pemimpin utama Parti Keadilan Nasional ditahan awal pagi ini, lebih
kurang 24 jam selepas empat aktivis pembangkang didakwa atas tuduhan
"merusuh" pada hari mengundi di Lunas bulan lalu.
Naib Presiden Tian Chua dan Ketua Penerangan Ruslan Kasim masing-masing ditangkap oleh sekumpulan pegawai polis dari Bukit Aman kira-kira jam 2.40 pagi dan 4 pagi di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas Saifuddin Nasution Ismail memberitahu malaysiakini, dua pemimpin itu telah dibawa ke ibu pejabat polis Kulim, Kedah pada awal pagi. Bagaimanapun, mereka tidak dibawa ke mahkamah hari ini kerana Jumaat adalah hari cuti hujung minggu bagi negeri itu.
Beliau percaya bahawa mereka akan dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman ataupun didakwa sebelah pagi esok.
Saifuddin, yang telah menemui kedua-dua mereka tengah hari tadi, berkata Tian dan Ruslan tidak diberitahu sebab sebenar mereka ditahan.
"Apa yang mereka dengar daripada polis bahawa ia berkaitan dengan kes Lunas," katanya.
Menurut peguam tahanan itu Cheah Kah Peng, kedua-dua mereka berasa marah dan membantah cara penangkapan polis yang tidak profesional.
Kata Cheah, polis seharusnya mengeluarkan waran tangkap terlebih dahulu dan tangkapan tidak harus dibuat pada tengah malam.
"Ruslan kata (kepada saya) bahawa polis tidak dapat mengeluarkan waran apabila menangkapnya," kata Cheah. "Polis Bukit Aman memberitahu Ruslan bahawa mereka tidak memerlukan waran."
'Terlibat dalam rusuhan'
Sementara itu, menurut Setiausaha Agung parti itu Mohd. Anuar Tahir, Keadilan memandang berat sikap kerajaan yang sering menggunakan polis dan undang-undang untuk menakut-nakutkan orang ramai.
"Tangkapan (dua pemimpin itu) jelas menunjukkan sikap membalas dendam dan rasa takut BN terhadap kebangkitan rakyat di negara ini," katanya.
Anuar juga menggesa polis membebaskan Tian dan Ruslan dan menggesa kerajaan "menghentikan tangkapan yang sia-sia."
Semalam, empat orang aktivis pembangkang dalam pilihanraya kecil itu, termasuk Setiausaha Keadilan Kedah Zamil Ibrahim, ditahan polis pada awal pagi semalam di beberapa tempat di negeri itu.
Penyokong PAS yang ditahan ialah, Ahmad Khairudin Jamaludin, Mohd. Khairi Yahya dan Mohd. Fauzi Awang Kechik.
Keempat-empat mereka telah dituduh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atau terlibat dalam rusuhan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimun dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mereka dituduh menganggotai satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan melucutkan hak pemandu dan penumpang lima buah bas yang dipercayai penyokong BN untuk ke bilik gerakan parti itu.
Mereka tidak mengaku salah dan diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Perbicaraan dijadualkan pada 14 hingga 19 April tahun depan.

No comments:
Post a Comment