JUSTICE AND PASSIONS 正义与激情





 News from Indrakayangan Perlis Jan 2002

Indera Kayangan : Prelude Kepada PRU 2003/4 II

Media yang dikuasai oleh kerajaan dan takut akan kehilangan permit penerbitan telah mula menyerang parti-parti pembangkang terutamanya dalam pakatan BA yang terdiri daripada KeADILan , PAS dan PRM .

RTM dalam siarannya baru-baru ini telah menyiarkan sedutan kononnya Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor dan percanggahan itu di eksploit sehabisnya oleh RTM seolah-olah berlaku perang besar antara Mursyidul Am dengan Presidennya. Wal hal itu hanyalah pendapat masing-masing sahaja yang apabila pihak pucuk pimpinan BA membuat keputusan nanti , bakal dipatuhi oleh semua.

BN jangan cuba bermain api nanti terbakar diri sebagaimana yang berlaku di Lunas : Kem BN begitu bergembira bersorak seolah-olah telah memenangi PRK Lunas apabila BA mengumumkan NeelaMekan sebagai calon DAP yang bakal mewakili BA dalam PRK Lunas itu . Tetapi sebaliknya apabila pada hari perisytiharan calon malam 20.11.2000 nama Saifuddin Nasution yang timbul ,pihak BN menjadi gelabah biawak terkedu kerana telah terpedaya dengan helah BA. Membuatkan Sammy Vellu terperangkap pula dengan helah perkauman Indianya , Menyatakan sekiranya S. Anthonysamy yang menjadi calon MIC tewas maka masa depan Orang India di Malaysia Amnya dan Kedah Khasnya  akan menjadi gelap.

Tetapi itu hanyalah ugutan dan amaran kepada masyarakat India di Lunas agar memberi sokongan padu kepada BN. Orang India mungkin terpengaruh seketika tetapi akhirnya kebenaran itu akan mengatasi kebatilan kerana keADILan dan YB Saifuddin Nasution tidak memilih kaum dan keturunan dalam memberikan perkhidmatan kepada pengundi di Lunas, semua dilayan sama rata tanpa mengira kaum.

Buktinya semakin ramai masyarakat India di Lunas memohon menyertai Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai. Penubuhan Caw. Keadilan di Henrietta dan Victoria Estate yang ahlinya 100 % terdiri dari kaum India adalah manifestasi kepada hakikat ini. Selain itu pemilihan Thiagarajah dan Jaswant Singh sebagai AJK Bahagian Padang Serai dan perlantikan Sdr. Sarjit Singh sebagai Naib ketua Bahagian Padang Serai telah membuktikan keADILan ini adalah sebuah Parti berbilang Kaum berteraskan Melayu .

Kembali kepada Indera Kayangan :
Dengan komposisi kaum yang sedikit berbeza dengan Lunas di mana 48% : 47 % : 5 %  adalah komposisi antara Melayu : Cina : India dan Lain-lain . Dua kaum terbesar menjadi perhatian iaitu Melayu dan Cina . Calon - calon yang bertanding sudah pastilah kalau mengikut strateginya adalah mesti dari kaum yang sama supaya isu - isu perkauman tidak dapat digunakan oleh kedua belah pihak. Biarkan soal calon dan kaumnya ditentukan oleh pucuk pimpinan baik BA mahu pun BN.

Yang menarik untuk di analisis ketika ini adalah : ke arah mana pola pengundian Masyarakat Cina , Masyarakat Melayu dan Masyarakat India dan lain-lain dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan ini.

Masyarakat Cina ,apakah masih lagi terluka dengan isu -isu Suqiu dan  Sekolah wawasan ? Apakah Dong Jiao Zhong masih berperanan dalam mempengaruhi sikap masyarakat Cina terhadap BN ?  Dalam PRK Lunas sikap mereka adalah jelas . Mampukah BN "meneutralisekan " sikap tersebut dalam PRK Indera Kayangan ini ? Bagaimana pula dengan tindakan MCA mengambil alih Nan Yang Siang Pau dan China Press itu mempengaruhi sikap pengundi Cina terhadap BN ? 

Kita semua tahu isu Nan Yang dan China Press ini telah mengguriskan hati masyarakat Cina dan ini lah masa nya pengundi Cina menunjukkan tanda protes mereka terhadap BN , sementelahan pula MCA lah yang dijadikan alat oleh Mahathir dalam kes ini   dan MCA pula lah yang bertanding mewakili BN kali ini.

MCA pula sedang bergolak dengan hebatnya antara Team A dan Team B , sesuatu yang bakal memeningkan kepala pucuk pimpinan BN . Sedikit sebanyak pergolakan ini pasti akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina terhadap BN, manakala BA pula bakal mengketengahkan calon yang dipercayai daripada keADILan, seorang yang pastinya National Figure yang tidak perlu diperkenalkan kepada pengundi lagi. Biar Cheah Kah Peng, atau Gooi Hock Seng mahu pun Tian Chua semuanya adalah hero masyarakat berbilang kaum , bukan hanya untuk masyarakat Cina sahaja. Sejarah politik BA mutakhir ini membuktikannya.

Dalam senario undi Cina bakal terpecah dua atau tiga  ( jika DAP turut meletakkan calon ) maka undi masyarakat Melayu lah yang bakal menentukan siapa yang bakal memenangi pilihan raya kecil ini amat menarik untuk di perhatikan.

Apakah dengan menyekat ceramah dan penahanan pemimpin keADILan dan aktivis PAS di bawah ISA mampu mengurangkan sokongan orang Melayu kepada BA yang dalam PRU 1999 yang lalu sebanyak 64 % memberikan sokongan kepada BA. 

Atau tindakan tersebut bakal menambahkan kemarahan orang Melayu kepada BN dan tambah mengurangkan sokongan Orang Melayu kepada BN ? 

Sama-samalah kita tunggu keputusan nya nanti. Apa pun keputusannya adalah merupakan satu daripada kayu ukur terhadap keputusan PILIHAN RAYA UMUM 2003/4 yang bakal menjelang nanti.
Kepada pengundi Indera Kayangan, inilah masa yang dinanti-nantikan tanpa mengira apa jua kaum dan keturunan anda satu mesej perlu di hantar kepada BN bahawa masa anda berada di puncak kuasa semakin terhad. Jangan anggap rakyat mudah diperbodohkan dengan cerita - cerita lelucon tentang KMM , Al-Ma'unah , Keganasan dan Malaysia Negara Islam tajaan UMNO hanya kerana BA tidak dapat menyampaikan maklumat melalui ceramah dan BN boleh menggunakan keseluruhan Media untuk menyampaikan berita dan cerita yang berpihak kepada mereka sahaja. Maka segala penyelewengan dan salah guna kuasa mereka boleh mereka tutupkan begitu sahaja …………….
Ini bukan soal menubuh kerajaan baru kerana kemenangan BA tidak merubah status quo kerajaan Negeri Perlis, bukan soal tidak dapat pembangunan kerana Kangar adalah Ibu Negeri Perlis . Tetapi ia adalah satu mesej kepada UMNO/ BN …. Bahawa rakyat menolak amalan pecah dan perintah mereka serta matlamat menghalalkan cara dan penyelewengan demi penyelewengan yang mereka lakukan dan menyalahguna amanah yang diberikan oleh rakyat.

 Ayuh !!!! kita beramai-ramai turun mengundi menolak BN … Kita LUNASKAN Indera Kayangan Pula……….
 
BERSATU, BERPADU  KITA MAMPU MELAKUKANNYA SEBAGAIMANA LUNAS.
REFORMASI 3 X…….
 
Sham Abadi 

No comments: